taken from (http://mddb-mccp.blogspot.com/2011/05/false-reporting.html)
We were informed of the following issue/case by MDDB Selangor:-
 
Dear people, Journalists play a very important role in forming public perception and false reporting can create unfair and unwarranted perception amongst the masses. Given this, the report by Harian Metro’s Junaidi Ladjana that a boy was killed by his family’s pet dog is both malicious and probably reflects his bias against man’s best friend. This article is enough to get some people worked-up and demand the authorities to go on a dog killing spree. Please write to Junaidi Ladjana at: djuns@hmetro.com.my and cc the message to Harian Metro’s chief news editor Tuan Mohd Asri Tuan Hussein at: asri@hmetro.com.my
'Bukan  kena baham anjing'
Oleh Poliana Ronnie Sidom
bhnews@bharian.com.my
2011/05/27 
  Mangsa meninggal kerana lemas 
KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki tiga tahun yang mati 14 jam  selepas ditemui dalam parit dengan muka tersembam dan berlumuran darah  dengan kesan cakaran di Kampung Matan, Ranau, bukan mati akibat gigitan  atau dibaham anjing.  
Sebaliknya, polis percaya berdasarkan laporan perubatan Mohd Raqib  Mohd Rasili terjatuh ke dalam parit itu cuba diselamatkan anjing bapa  saudaranya.
Laporan bedah siasat juga mengesahkan kanak-kanak itu meninggal akibat  lemas selepas terjatuh ke dalam parit sedalam setengah meter dalam  kejadian jam 7.30 pagi kelmarin. 
Difahamkan, Mohd Raqib yang menghidap asma, mengalami kesukaran  bernafas sebaik terperangkap di parit itu, menyebabkan kerosakan di  otaknya kerana terputus bekalan oksigen. 
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hasim,  berkata laporan perubatan dari Hospital Ranau mengesahkan mangsa mati  akibat lemas, bukan meninggal kerana digigit anjing. 
“Keluarga mangsa belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu tetapi kita menerima pengesahan laporan perubatannya.     
“Berdasarkan kesan dan corak gigitan di tubuhnya, ada kemungkinan  mangsa cuba diselamatkan anjing berkenaan selepas terjatuh ke dalam  parit, bukan dibaham,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 
Dalam kejadian itu, Mohd Raqib yang tinggal bersama bapa  saudaranya dikatakan bermain dengan anjing itu sambil menuju ke rumah  bapanya yang berjarak kira-kira 20 meter.
Article from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bukankenabahamanjing_/Article/ 

No comments:
Post a Comment